Ahad, 13 April 2014

Pertandingan Catur Terbuka 2014



Pada 13 April 2014 (Ahad), kami telah menganjurkan pertandingan catur terbuka. Pertandingan ini dibahagikan kepada 4 kategori seperti berikut. Di bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan atas 16 tahun. Pertandingan ini diadakan di SJKT West Country Timur, Kajang. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Seramai 50 orang mengambil bahagian dalam pertandingan ini, iaitu 14 orang bagi kategori bawah 10 tahun, 16 orang bagi kategori bawah 12 tahun, 10 orang bagi kategori bawah 15 tahun dan 10 orang bagi kategori atas 16 tahun. Pertandingan kali ini sedikit dingin kerana penyertaan tidak begitu menggalakkan. Masalah bekalan air menjadi salah satu faktor ibu bapa tidak memberi respon yang positif untuk menjayakan program ini. Peserta-peserta pertandingan kali ini hanya datang dari kawasan Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras sahaja. Pemain-pemain bermain sebanyak lima pusingan. Pihak penganjur juga menyediakan sedikit sarapan pagi kepada peserta pertandingan. Seramai 10 pegawai telah memberi komitmen untuk menjayakan pertandingan ini. Bagi membalas jasa mereka pihak penganjur juga telah menghadiahkan sehelai baju T kepada semua pegawai yang menjayakan program ini. Perkara yang amat membanggakan pihak kami adalah semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh pegawai dan peserta. Semua etnik mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak kami. Majlis kami berakhir pada pukul 1.00 petang. Encik Muniandy, Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Hulu Langat dengan jayanya merasmikan majlis penutup dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Perbelanjaan untuk menjayakan program ini ialah sebanyak RM 3000.00. (Galeri Gambar)

Ahad, 9 Mac 2014

Kursus Kerja Asas Komuniti 2014

Tujuan kajian lapangan ini dibuat ialah untuk memberikan pengalaman serta pengetahuan kepada peserta untuk mengumpulkan maklumat serta profil KRT untuk dijadikan kajian kes dan dibentangkan dalam perbincangan bangkel kursus. (Galeri Gambar)